Monday, October 18, 2010

nikmat yang tidak dihargai ....

lebam dan bengkak. merah dan biru.

bonjol dan benggol, senget dan tersimpul.


di perbaringan, mata terlekat, rapat.

terlepas lelahan kuat, terhembus nafas yang tersekat.

terasa nikmat yg tak terucap.

mata rasa berpinar, bahu terasa pijar.

kaki terjulur lemah longlai, tangan terhulur tak tergapai....


kadangkala terasa berdosa sekali, bila nikmat yang satu ini tidak disyukuri.

akan kah kekal pemberianNya yang satu ini, bila si hamba tidak menyesali?


mahu ku lari ke dada langit,

mencari gemersik suara kekasih,

alunan merdu sang bayu menggamit,

jiwa insan meratap, merintih.


ash21

2010/10/18

No comments:

Post a Comment